| |
| Mulakan Perlindungan dan Simpanan Anda untuk Persedian Hari Esok |
| Saat-saat bahagia yang dilalui bersama sememangnya indah. Oleh itu,
untuk mengekalkannya adalah penting untuk anda menyediakan perlindungan
bagi diri dan juga keluarga tersayang daripada situasi tidak diduga.
Persedian tersebut hanya boleh dikecapi sekiranya anda mempunyai
simpanan yang teratur. Dengan pelan persediaan dan perlindungan yang
teratur, anda bukan sahaja memberi jaminan masa depan untuk keluarga
tersayang, malah turut melindungi mereka sekalipun anda telah tiada. |
| |
| "Rata-rata rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan secukupnya.
Malah, mereka tidak bersedia akan kepincangan kewangan sekiranya
kehilangan pekerjaan atau diberhentikan. Menurut tinjauan terkini oleh
Citi's Financial Quotient (Fin-Q) 2008, 12% daripada rakyat Malaysia
memberitahu bahawa mereka tidak langsung menabung. Sekiranya seseorang
kehilangan perkerjaan, tetapi dengan perbelanjaan tetap berterusan,
seorang daripada lima responden menyatakan bahawa simpanan mereka hanya
mampu bertahan selama empat minggu. Secara purata, rakyat Malaysia
dilaporkan mempunyai peruntukan simpanan untuk 11 minggu"* |
| *Sumber: The Star, 19 February 2009 |
| |
| Perlindungan Menyeluruh dengan Manfaat Jangka Panjang |
| Karisma ialah pelan Takaful yang menyediakan perlindungan dan
simpanan. Ia juga memberikan anda Pembayaran Tunai sehingga 10% daripada
jumlah Asas Dilindungi yang akan dibayar setiap dua (2) tahun sepanjang
tempoh pelan. Dengan perlindungan fleksibel untuk Peserta dan Orang
Dilindungi, anda boleh memilih tempot perlindungan untuk 20 atau 30
tahun. |
| |
| Manfaat Utama |
| Manfaat Hidup |
Nikmati
Pembayaran Tunai tetap sehingga 10% daripada jumlah Asas Dilindungi
pada akhir setiap dua (2) tahun Sijil sepanjang tempoh Sijil tersebut.
| Tahun Sijil |
% Jumlah Asas Dilindungi |
| 2 - 10 |
5% |
| 12 - 20 |
7.5% |
| 22 onwards |
10% |
|
| Manfaat Kematian |
Sekiranya
berlaku kematian terhadap Orang Yang Dilindungi disebabkan faktor
semula jadi atau akibat kemalangan, Jumlah Dilindungi, Perbelanjaan
Pengebumian sebanyak RM1,000, berserta nilai terkumpul dalam Dana
Pelaburan Peserta (DPP), termasuk sebarang keuntungan daripada pelaburan
dana tersebut (jika ada) akan dibayar sekaligus. |
| Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK) |
Sekiranya
HUMK berlaku terhadap Orang Dilindungi sebelum usia 65 tahun, Jumlah
Dilindungi termasuk nilai terkumpul dalam DPP, termasuk sebarang
keuntungan daripada pelaburan dana tersebut (jika ada) akan dibayar.
Jika
Jumlah agregat yang Dilindungi mencapai sehingga RM1 juta, ia akan
dibayar sekaligus. Jika Jumlah Dilindungi melebihi RM1 juta, makan baki
Jumlah dilindungi akan dibayar satu (1) tahun selepas pembayaran pertama
dilakukan, tertakluk pada terma dan syarat yang dinyatakan dalam
kontrak Sijil. |
| Manfaat Matang |
Sekiranya
Orang Dilindungi masih hidup sehingga akhir tempoh Takaful, nilai
terkumpul dalam DPP termasuk keuntungan daripada pelaburan dana tersebut
dan Dana Pelaburan Peserta (jika ada), yang telah diperuntukkan kepada
Peserta akan dibayar. |
| Perlindungan Fleksibel |
Lebih fleksibel untuk menambah perlindungan dengan pilihan rider untuk Orang Dilindungi dan Peserta. |
|
| |
| Rider untuk Orang Dilindungi |
| Kematian dan Hilang Upaya Akibat Kemalangan |
Manfaat Kematian atau Hilang Upaya Akibat Kemalangan. |
| Indemniti Kemalangan |
Indemniti
kemalangan untuk kematian atau HUMK, Hilang Upaya Separa Kekal (HUSK),
Hilang Upaya Menyeluruh Sementara (HUMS) (mingguan), belanja pembedahan
dan perubatan. Indemniti berganda tertakluk pada klausa. |
| Penyakit Kritikal |
Manfaat tambahan selepas didiagnosis menghidapi mana-mana 36 jenis Penyakit Kritikal. |
| Pengecualian Sumbangan untuk Penyakit Kritikal |
Sumbangan akan datang dikecualikan selepas didiagnosis menghidapi mana-mana 35 jenis Penyakit Kritikal. |
| Manfaat Tunai di Hospital |
Manfaat Tunai Harian jika anda dimasukkan ke hospital. |
| "Medic Save" |
Pelan Hospital dan Perubatan. |
| Rider Bertempoh |
Perlindungan tambahan akibat Kematian dan HUMK |
| Kekerapan Tambah Nilai |
Kemudahan untuk menambah nilai pelaburan. |
|
| |
| Rider untuk Pesertat |
| Pengecualian Sumbangan untuk Rider Penyakit Kritikal (Pembayar) |
Sumbangan akan datang dikecualikan selepas didiagnosis menghidapi mana-mana 35 jenis Penyakit Kritikal. |
| Pengecualian Sumbangan untuk Kematian dan HUMK |
Sumbangan akan dikecualikan untuk Kematian dan HUMK. |
| Rider Bertempoh (Pembayar) |
Perlindungan tambahan akibat Kematian dan HUMK. |
| Manfaat Pendapatan Keluarga |
Manfaat bertempoh akan dibayar secara tahunan di atas tempoh baki rider. |
|
| |
| Ciri-ciri Utama |
| Umur Layak Penyertaan* |
Minimum: 14 hari Maksimum: 55 tahun |
| Had Umur Peserta/Pemilik Sijil* |
Minimum: 19 tahun Maximum: Tiada umur maksimum |
| Had Umur Matang* |
Maximum: 85 tahun |
| Tempoh Yang Ditawarkan |
20 or 30 tahun |
| Jumlah Dilindungi |
Minimum: RM 12,500 Maksimum: Tertakluk kepada Penaja Jamin |
| Sumbangan Minimum |
Tertakluk pada Jumlah Minimum Dilindungi |
| Kaedah Pembayaran |
Bulanan, Suku Tahunan, Setengah Tahunan atau Tahunan |
|
| *Umur pada hari lahir berikutnya |
| |
| Asas Kontrak |
| Pelan ini adalah berasaskan konsep Tabarru', di mana Peserta
bersetuju untuk menyumbang (menderma) jumlah tertentu ke dalam Dana
Risiko Pelaburan (DRP)/Dana Tabarru' bagi tujuan membantu antara satu
sama lain di saat memerlukan. |
| Pelan ini juga mengaplikasikan konsep Wakalah, di mana Peserta
melantik Etiqa Takaful Berhad bagi mewakili pihak Peserta untuk membuat
pelaburan dan menguruskan DRP (Tabarru') dan DPP. Bakinya akan
diserapkan ke DRP dan DPP. |
Tahun Sijil |
Fi Wakalah sebagai % daripada Sumbangan |
Fi Wakalah Tetap Tahunan |
| 1 |
90% |
RM 60.00 |
| 2 |
50% |
RM 60.00 |
| 3 |
31% |
RM 60.00 |
| 4 |
25% |
RM 60.00 |
| 5 |
15% |
RM 60.00 |
| 6 |
15% |
RM 60.00 |
| 7 dan seterusnya |
5% |
RM 60.00 |
|
| Lebihan dalam DRP akan dibahagikan di antara Anda (50%) dan Etiqa (50%) sebagai Fi Prestasi. |
| Keuntungan pelaburan dari DPP akan dibahagikan di antara Anda (90%) dan Etiqa (10%) sebagai Fi Insentif. |
| |
| Nota Penting |
| Jika Orang Dilindungi membunuh diri semasa waras dalam tempoh
setahun dari Tarikh Sijil Dikeluarkan atau sebarang Tarikh Pengembalian
Semula Sijil, tanggungan kami adalah terhad kepada pembayaran balik
sumbangan yang telah dibuat atau 60% bayaran daripada Jumlah Dilindungi
jika perbuatan membunuh diri dilakukan semasa waras, setahun selepas
Tarikh Sijil Dikeluarkan atau sebarang Tarikh Pengembalian Semula Sijil. |
| Peserta akan diberi tempoh ihsan selama tiga puluh satu (31) hari
dari tarikh akhir sumbangan perlu dibuat dan jika sumbangan belum
dibayar pada akhir tempoh ihsan. sijil akan dilanjutkan di bawah
kemudahan sumbangan automatik (ACF-Automatic Contribution Facility).
Sijil akan berakhir jika jumlah dalam Akaun Peserta tidak mencukupi
untuk membayar sumbangan tahunan. |
| Sijil ini mungkin melayakkan anda untuk mendapat pengecualian cukai
peribadi yang bergantung kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam
Negeri Malaysia. |
| Anda perlu memahami pelan ini dengan sepenuhnya untuk memastikan
keperluan anda dapat dipenuhi dengan sebaiknya dan sumbangan yang
dibayar di bawah Sijil ini adalah berdasarkan kemampuan anda. |
| Apabila Sijil ditamatkan, matang atau tamat tempoh, semua manfaat di
bawah pelan ini akan luput. Jika anda menamatkan Sijil pada tahun-tahun
awal, anda mungkin akan mendapat kembali amaun yang kurang daripada
jumlah yang telah anda sumbangkan. |
| Anda boleh menilai kesesuaian pelan ini dan boleh membatalkan
penyertaan anda dalam tempoh lima belas (15) hari dari tarikh akhir
penghantaran Sijil, yang melayakkan anda menerima pembayaran balik
sumbangan penuh yang telah dibuat, selepas ditolak sebarang perbelanjaan
yang ditanggung untuk pemeriksaan kesihatan (jika berkenaan) |
| Manfaat dan/atau pulangan dari pelaburan di bawah pelan ini akan
berdasarkan pada prestasi dana yang sebenar dan tidak dijamin. Risiko
dana akan ditanggung sepenuhnya oleh peserta dan segala manfaat yang
diterima mungkin kurang daripada jumlah keseluruhan sumbangan yang
dibuat dalam Dana Pelaburan Peserta. |
| Sila pastikan anda merujuk kepada Illustrasi jualan yang berkaitan
dengan Sijil yang disediakan kepada anda oleh Etiqa Takaful Berhad. |
| Risalah ini bertujuan untuk rujukan sahaja dan tidak boleh diambil
kira sebagai kontrak atau jemputan untuk mengambil bahagian. Etiqa
Takaful Berhad didaftarkan di bawah Akta Takaful 1984 dan dikawal oleh
Bank Negara Malaysia. |
No comments:
Post a Comment