LAYARI www.etiqa.com.my utk melihat kesemua produk yg ditawarkan.
Berikut antara produk2 Maybak Etiqa utk Individu utk PERLINDUNGAN & SIMPANAN :
1. HARMONI
Impian Masa Hadapan Lebih Cerah
Setiap individu mempunyai impian - kereta mewah, rumah besar mahupun kehidupan yang selesa selepas bersara. Sebagai individu yang bijak, anda tahu kepentingan menyimpan untuk masa hadapan yang lebih baik. Namun, ada kalanya sesuatu yang tidak diduga berlaku dan simpanan anda perlu digunakan semasa kecemasan.
Mengikut statistik, 19 orang* dimasukkan ke hospital setiap jam; dianggarkan 1,035 orang meninggal dunia akibat kemalangan setiap tahun dan ramai yang tiada simpanan untuk kegunaan waris ataupun ahli keluarga. Berusahalah untuk masa hadapan yang lebih cerah kerana hidup ini penuh dengan ketidakpastian.
sumber: *World Health Organization 2004; Disease and Injury Country Estimates
Gaya Hidup Lebih Baik dan Lindungi Masa Hadapan Keluarga Anda
Harmoni membantu anda memenuhi impian anda dan memberi perlindungan serta tabungan dengan hanya menyumbang RM70.00 sebulan. Anda juga boleh mengeluarkan sebahagian daripada wang anda dari Dana Pelaburan Peserta sekiranya perlu. Harmoni memberi ketenangan minda serta kelonggaran dalam pengurusan kewangan anda di samping Perlindungan Takaful.
Pada saat-saat yang tidak diduga, keluarga anda akan menerima kesemua Jumlah Dilindungi bagi meringankan beban kewangan mereka.
2.PRISTIN
| Ambil Satu Langkah Mudah Untuk Menyimpan dan Nikmati Kehidupan Yang Anda Inginkan | |||||||||||||||||||||
| Sekiranya anda bimbangkan tentang pelaburan wang simpanan anda dan pada masa yang sama tidak langsung melihat sebarang perkembangannya, usahlah ragu lagi. Mulakan simpanan anda dengan Pristin yang memberikan anda jaminan untuk menikmati pulangan dalam jangka masa yang terancang. | |||||||||||||||||||||
| Lihat Wang Anda Berganda Dengan Pristin | |||||||||||||||||||||
| Pristin merupakan pelan Takaful yang menyediakan pulangan tahunan tetap untuk 20 tahun. Bayaran tunai tahunan antara 5% - 10% dari Sumbangan Tahunan Asas semestinya menggandakan wang anda. | |||||||||||||||||||||
| Dengan Pristin, anda dapat menjalani hidup dengan sepenuhnya dan menikmati ketenangan minda kerana anda sememangnya dilindungi dan mendapat bayaran tunai tahunan yang akan membantu anda menjalani gaya hidup anda. | |||||||||||||||||||||
| Siapakah Yang Layak? | |||||||||||||||||||||
| Orang Dilindungi: Mereka yang berumur di antara 14 hari hingga 60 tahun | |||||||||||||||||||||
| Peserta: Mereka yang berumur di antara 18 hingga 60 tahun. | |||||||||||||||||||||
| Manfaat Utama Yang Ditawarkan Oleh Pristin | |||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||
| Sumbangan | |||||||||||||||||||||
| Dengan sumbangan yang berpatutan, anda boleh menyertai Pristin dan menikmati segala manfaat yang ditawarkan oleh pelan ini. Anda juga mempunyai pilihan untuk membayar sumbangan secara bulanan, suku tahunan, setengah tahunan atau tahunan. | |||||||||||||||||||||
| Asas Kontrak | |||||||||||||||||||||
| Pristin menggunakan konsep Tabarru' (derma), di mana Peserta bersetuju untuk menderma atau menyumbang sebahagian jumlah tertentu daripada sumbangan yang dibayar kepada Dana Risiko Peserta (Tabung Tabarru') untuk tujuan membantu dan menolong sesama Peserta jika diperlukan. | |||||||||||||||||||||
| Pelan ini juga menggunakan konsep Wakalah, di mana Peserta melantik Pengendali Takaful bagi pihak mereka untuk melabur dan menguruskan kedua-dua DRP dan DPP. Yuran Wakalah akan ditolak daripada sumbangan yang dibayar. Baki jumlah akan dilabur ke dalam DRP dan DPP. | |||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||
| Yuran Prestasi daripada Tambahan dalam DRP diagihkan di antara Anda (50%) dan Etiqa (50%). | |||||||||||||||||||||
| Yuran Insentif daripada keuntungan pelaburan dalam DPP diagihkan di antara anda (90%) dan Etiqa (10%). | |||||||||||||||||||||
| Nota Penting | |||||||||||||||||||||
| Jika Orang Dilindungi membunuh diri semasa waras dalam masa setahun dari Tarikh Sijil Dikeluarkan atau sebarang Tarikh Pengembalian Semula Sijil, tanggungan kami adalah terhad kepada pembayaran balik sumbangan yang telah dibuat atau 60% bayaran daripada Jumlah dilindungi jika perbuatan membunuh diri dilakukan semasa waras, setahun selepas Tarikh Sijil Dikeluarkan atau sebarang Tarikh Pengembalian Semula Sijil | |||||||||||||||||||||
| Peserta akan diberi tempoh ihsan selama 31 hari dari tarikh akhir sumbangan perlu dibuat dan jika sumbangan belum dibayar pada akhir tempoh ihsan, Sijil akan dilanjutkan di bawah kemudahan sumbangan automatik. Sijil akan berakhir jika jumlah dalam Akaun Peserta tidak mencukupi untuk membayar sumbangan tahunan. | |||||||||||||||||||||
| Sijil ini mungkin melayakkan anda untuk mendapat pengecualian cukai peribadi yang bergantung kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. | |||||||||||||||||||||
| Anda perlu memahami pelan ini dengan sepenuhnya untuk memastikan keperluan anda dapat dipenuhi dengan sebaiknya dan sumbangan yang dibayar di bawah Sijil ini adalah berdasarkan kemampuan anda. | |||||||||||||||||||||
| Apabila Sijil ditamatkan, matang atau tamat tempoh, semua manfaat di bawah pelan ini akan luput. Jika anda menamatkan Sijil pada tahun-tahun awal, anda mungkin akan mendapat kembali amaun yang kurang daripada jumlah yang telah anda sumbangkan. | |||||||||||||||||||||
| Prestasi perlaburan dana tersebut akan berdasarkan pada prestasi sebenar dan tidak terjamin. | |||||||||||||||||||||
| Anda boleh menilai kesesuaian pelan ini dan boleh membatalkan penyertaan anda dalam masa 15 hari dari tarikh penghantaran Sijil, yang melayakkan anda menerima pembayaran balik sumbangan penuh yang telah dibuat, selepas ditolak sebarang perbelanjaan yang ditanggung untuk pemeriksaan kesihatan (jika berkenaan). | |||||||||||||||||||||
| Manfaat dan/atau pulangan dari pelaburan di bawah Pelan ini akan berdasarkan pada prestasi dana yang sebenar dan tidak dijamin. Risiko dana akan ditanggung sepenuhnya oleh Peserta dan segala manfaat yang diterima mungkin kurang daripada jumlah keseluruhan sumbangan yang dibuat dalam Dana Pelaburan Peserta. | |||||||||||||||||||||
| Sila pastikan anda merujuk kepada Illustrasi jualan yang berkaitan dengan Sijil yang disediakan kepada anda oleh Etiqa Takaful Berhad. | |||||||||||||||||||||
| Risalah ini bertujuan untuk rujukan sahaja dan tidak boleh diambil kira sebagai kontrak atau jemputan untuk mengambil bahagian. Etiqa Takaful Berhad didaftarkan di bawah Akta Takaful 1984 dan dikawal oleh Bank Negara Malaysia. |

No comments:
Post a Comment