Friday, 4 October 2013

SAMBUNGAN PRODUK PERLINDUNGAN & SIMPANAN

4. MABRUR




Sempurnakan Lima Rukun Islam Anda
Sebagai salah satu rukun Islam, adalah menjadi kewajipan ke atas setiap Orang Islam yang mampu mengerjakan Haji, untuk menjadi tetamu Allah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Sebagai satu perhimpunan tahunan terbesar di dunia, Haji adalah simbolik kepada perpaduan umat Islam sebagai penyerahan kepada Tuhan. Ia adalah satu perjalanan yang indah untuk memohon keampunan, sebagai satu bentuk jihad paling mudah dan peluang untuk menebus dosa dan bermula semula dalam keadaan diri yang bersih lagi suci.

Dengan perjalanan yang penting ini, perancangan awal dan terbaik adalah perlu bagi memastikan anda telah bersedia secara mental, spiritual dan paling utama, kewangan. Mulakan perancangan sekarang untuk mencapai destinasi utama anda.
Lakukan Perbezaan ke Arah Perjalanan Spiritual Anda
Mabrur ialah pelan Takaful simpanan dan perlindungan komprehensif yang melengkapkan persediaan anda untuk menunaikan ibadah Haji dan Umrah. Etiqa menyediakan One Stop Centre untuk anda merancang perjalanan Haji dan Umrah yang lebih baik. Kami akan membantu proses pembukaan akaun Tabung Haji tanpa bayaran dan pendaftaran Haji anda setelah Bayaran Tunai tetap pertama dibayar.

Pelan ini disertakan Bayaran Tunai tetap yang dibayar pada akhir tahun ke-3 sijil dan setiap tahun yang berikutnya dengan Bayaran Tunai tetap sebanyak 10% akan dibayar pada akhir tahun ke-3 sijil. Bayaran Tunai tetap ini akan dikumpulkan di dalam akaun Tabung Haji sebagai simpanan untuk memenuhi keperluan spiritual dan pelan-pelan lain anda dan yang tersayang. Pelan ini menyediakan perlindungan komprehensif untuk kedua-duanya, Peserta dan Orang Dilindungi, malah anda mempunyai fleksibiliti untuk memilih tempoh perlindungan dari 20 sehingga 30 tahun.
Manfaat Utama
  • Mula tambahkan simpanan anda

  • Nikmati Bayaran Tunai tetap sehingga 10% daripada Jumlah Asas Dilindungi. Bayaran Tunai pertama akan dibayar pada akhir tahun ke-3 sijil dan setiap tahun berikutnya.

    Akhir Tahun Sijil % Jumlah Asas Dilindungi
    3 10%
    4 to 14 3%
    15 to 24 4%
    25 to 30 5%
    Sub Jumlah 113%
    Tambahan 10% menjelang tempoh matang 10%
    Jumlah Keseluruhan* 123%

    * Akhir Tahun Sijil yang tidak melebihi 30 tahun, jumlah Bayaran Tunai tetap yang diterima adalah kurang daripada 123%

    Semua Bayaran Tunai tetap akan secara automatik dikreditkan ke dalam akaun Tabung Haji Orang Dilindungi untuk menabung bagi tujuan menunaikan Haji atau Umrah dan pelan masa depan yang lain. Apabila mencapai tempoh matang, Bayaran Tunai tetap tambahan sebanyak 10% daripada Jumlah Asas Dilindungi akan dibayar kepada Orang Dilindungi.

  • Manfaat Matang

  • Pada akhir tempoh Takaful, nilai terkumpul dalam Dana Pelaburan Peserta (DPP), jika ada, termasuk keuntungan daripada pelaburan dana tersebut , dan lebihan Dana Risiko Peserta (DRP), jika ada, yang telah diperuntukkan akan dibayar kepada Peserta
Perlindungan Komprehensif
  • Manfaat Kematian

  • Jika Orang Dilindungi meninggal dunia akibat kemalangan atau sebab semula jadi, amaun Jumlah Dilindungi, Perbelanjaan Pengebumian sebanyak RM1,000 berserta nilai terkumpul dalam DPP, termasuk sebarang keuntungan DPP dari pelaburannya dan DRP, jika ada, akan dibayar.

  • Indemniti Berganda ke atas Kematian akibat Kemalangan

  • Kami menyediakan tambahan 100% daripada Jumlah Dilindungi yang dibayar jika Orang Dilindungi meninggal dunia sebelum umur 70, disebabkan kemalangan yang berlaku semasa mengerjakan Haji atau Umrah di Makkah atau Madinah.

  • Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK)

  • Jika Orang Dilindungi mengalami HUMK sebelum umur 65 pada hari lahir berikutnya, amaun Jumlah Dilindungi ditambah semua nilai terkumpul di dalam DPP, termasuk sebarang keuntungannya (jika ada) akan dibayar. Jika agregat Jumlah Dilindungi (bagi setiap Orang Dilindungi) ialah sehingga RM1 juta, ia akan dibayar secara sekaligus. Jika Jumlah DIlindungi melebihi RM1 juta, baki Jumlah Dilindungi akan dibayar satu (1) tahun selepas bayaran pertama dibuat, tertakluk kepada terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di dalam Sijil Takaful.

  • Manfaat Badal Haji

  • Jika berlaku perkara yang tidak diingini iaitu kematian atau HUMK sebelum sempat menunaikan Haji, kami akan memastikan kewajipan Haji Orang Dilindungi disempurnakan dengan membayar RM3,000 kepada Peserta atau Penama untuk menunaikan Badal Haji bagi pihak anda. Manfaat ini akan ditunaikan jika Elaun Haji tidak dituntut dan Orang Dilindungi mesti berumur 16 tahun ke atas. Untuk HUMK, Orang Dilindungi tidak melebihi umur 65 tahun.

  • Elaun Haji dan Umrah*

  • Elaun sebanyak RM1,000 akan dibayar bagi mengerjakan Haji dan Umrah. Jika Orang Dilindungi mengerjakan Haji dan Umrah pada masa yang sama, hanya elaun Haji akan dibayar. Manfaat Haji dan Umrah tidak boleh dituntut dalam tahun sijil yang sama dan dengan syarat jarak 12 bulan dan tarikh tuntutan terakhir dibuat.

  • Manfaat Ihsar*

  • Apabila Orang Dilindungi dalam keadaan berihram dan terhalang dari menunaikan Haji atau Umrah akibat keadaan kesihatan, Manfaat Ihsar sehingga RM1,000 sepanjang tempoh perlindungan akan dibayar untuk pembayaran balik kos penyembelihan haiwan.

  • Elaun Penjagaan Anak*

  • Apabila menunaikan Haji, Orang Dilindungi akan menikmati ketenangan minda apabila anak-anaknya terjaga. Elaun Penjagaan Anak sebanyak RM1,000 akan dibayar. Umur anak mestilah tidak melebihi 18 tahun.

    * Sijil hendaklah berkuatkuasa sekurang-kurangnya 5 tahun dan semua sumbangan telah dibayar

SAMBUNGAN PRODUK PERLINDUNGAN & SIMPANAN

Berikut antara produk2 Maybak Etiqa utk Individu utk PERLINDUNGAN & SIMPANAN :


3. KARISMA

 
Mulakan Perlindungan dan Simpanan Anda untuk Persedian Hari Esok
Saat-saat bahagia yang dilalui bersama sememangnya indah. Oleh itu, untuk mengekalkannya adalah penting untuk anda menyediakan perlindungan bagi diri dan juga keluarga tersayang daripada situasi tidak diduga. Persedian tersebut hanya boleh dikecapi sekiranya anda mempunyai simpanan yang teratur. Dengan pelan persediaan dan perlindungan yang teratur, anda bukan sahaja memberi jaminan masa depan untuk keluarga tersayang, malah turut melindungi mereka sekalipun anda telah tiada.
 
"Rata-rata rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan secukupnya. Malah, mereka tidak bersedia akan kepincangan kewangan sekiranya kehilangan pekerjaan atau diberhentikan. Menurut tinjauan terkini oleh Citi's Financial Quotient (Fin-Q) 2008, 12% daripada rakyat Malaysia memberitahu bahawa mereka tidak langsung menabung. Sekiranya seseorang kehilangan perkerjaan, tetapi dengan perbelanjaan tetap berterusan, seorang daripada lima responden menyatakan bahawa simpanan mereka hanya mampu bertahan selama empat minggu. Secara purata, rakyat Malaysia dilaporkan mempunyai peruntukan simpanan untuk 11 minggu"*
*Sumber: The Star, 19 February 2009
 
Perlindungan Menyeluruh dengan Manfaat Jangka Panjang
Karisma ialah pelan Takaful yang menyediakan perlindungan dan simpanan. Ia juga memberikan anda Pembayaran Tunai sehingga 10% daripada jumlah Asas Dilindungi yang akan dibayar setiap dua (2) tahun sepanjang tempoh pelan. Dengan perlindungan fleksibel untuk Peserta dan Orang Dilindungi, anda boleh memilih tempot perlindungan untuk 20 atau 30 tahun.
 
Manfaat Utama
Manfaat Hidup Nikmati Pembayaran Tunai tetap sehingga 10% daripada jumlah Asas Dilindungi pada akhir setiap dua (2) tahun Sijil sepanjang tempoh Sijil tersebut.

Tahun Sijil % Jumlah Asas Dilindungi
2 - 10 5%
12 - 20 7.5%
22 onwards 10%
Manfaat Kematian Sekiranya berlaku kematian terhadap Orang Yang Dilindungi disebabkan faktor semula jadi atau akibat kemalangan, Jumlah Dilindungi, Perbelanjaan Pengebumian sebanyak RM1,000, berserta nilai terkumpul dalam Dana Pelaburan Peserta (DPP), termasuk sebarang keuntungan daripada pelaburan dana tersebut (jika ada) akan dibayar sekaligus.
Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK) Sekiranya HUMK berlaku terhadap Orang Dilindungi sebelum usia 65 tahun, Jumlah Dilindungi termasuk nilai terkumpul dalam DPP, termasuk sebarang keuntungan daripada pelaburan dana tersebut (jika ada) akan dibayar.

Jika Jumlah agregat yang Dilindungi mencapai sehingga RM1 juta, ia akan dibayar sekaligus. Jika Jumlah Dilindungi melebihi RM1 juta, makan baki Jumlah dilindungi akan dibayar satu (1) tahun selepas pembayaran pertama dilakukan, tertakluk pada terma dan syarat yang dinyatakan dalam kontrak Sijil.
Manfaat Matang Sekiranya Orang Dilindungi masih hidup sehingga akhir tempoh Takaful, nilai terkumpul dalam DPP termasuk keuntungan daripada pelaburan dana tersebut dan Dana Pelaburan Peserta (jika ada), yang telah diperuntukkan kepada Peserta akan dibayar.
Perlindungan Fleksibel Lebih fleksibel untuk menambah perlindungan dengan pilihan rider untuk Orang Dilindungi dan Peserta.
 
Rider untuk Orang Dilindungi
Kematian dan Hilang Upaya Akibat Kemalangan Manfaat Kematian atau Hilang Upaya Akibat Kemalangan.
Indemniti Kemalangan Indemniti kemalangan untuk kematian atau HUMK, Hilang Upaya Separa Kekal (HUSK), Hilang Upaya Menyeluruh Sementara (HUMS) (mingguan), belanja pembedahan dan perubatan. Indemniti berganda tertakluk pada klausa.
Penyakit Kritikal Manfaat tambahan selepas didiagnosis menghidapi mana-mana 36 jenis Penyakit Kritikal.
Pengecualian Sumbangan untuk Penyakit Kritikal Sumbangan akan datang dikecualikan selepas didiagnosis menghidapi mana-mana 35 jenis Penyakit Kritikal.
Manfaat Tunai di Hospital Manfaat Tunai Harian jika anda dimasukkan ke hospital.
"Medic Save" Pelan Hospital dan Perubatan.
Rider Bertempoh Perlindungan tambahan akibat Kematian dan HUMK
Kekerapan Tambah Nilai Kemudahan untuk menambah nilai pelaburan.
 
Rider untuk Pesertat
Pengecualian Sumbangan untuk Rider Penyakit Kritikal (Pembayar) Sumbangan akan datang dikecualikan selepas didiagnosis menghidapi mana-mana 35 jenis Penyakit Kritikal.
Pengecualian Sumbangan untuk Kematian dan HUMK Sumbangan akan dikecualikan untuk Kematian dan HUMK.
Rider Bertempoh (Pembayar) Perlindungan tambahan akibat Kematian dan HUMK.
Manfaat Pendapatan Keluarga Manfaat bertempoh akan dibayar secara tahunan di atas tempoh baki rider.
 
Ciri-ciri Utama
Umur Layak Penyertaan* Minimum: 14 hari
Maksimum: 55 tahun
Had Umur Peserta/Pemilik Sijil* Minimum: 19 tahun
Maximum: Tiada umur maksimum
Had Umur Matang* Maximum: 85 tahun
Tempoh Yang Ditawarkan 20 or 30 tahun
Jumlah Dilindungi Minimum: RM 12,500
Maksimum: Tertakluk kepada Penaja Jamin
Sumbangan Minimum Tertakluk pada Jumlah Minimum Dilindungi
Kaedah Pembayaran Bulanan, Suku Tahunan, Setengah Tahunan atau Tahunan
*Umur pada hari lahir berikutnya
 
Asas Kontrak
Pelan ini adalah berasaskan konsep Tabarru', di mana Peserta bersetuju untuk menyumbang (menderma) jumlah tertentu ke dalam Dana Risiko Pelaburan (DRP)/Dana Tabarru' bagi tujuan membantu antara satu sama lain di saat memerlukan.
Pelan ini juga mengaplikasikan konsep Wakalah, di mana Peserta melantik Etiqa Takaful Berhad bagi mewakili pihak Peserta untuk membuat pelaburan dan menguruskan DRP (Tabarru') dan DPP. Bakinya akan diserapkan ke DRP dan DPP.
Tahun
Sijil
Fi Wakalah sebagai
% daripada Sumbangan
Fi Wakalah
Tetap Tahunan
1 90% RM 60.00
2 50% RM 60.00
3 31% RM 60.00
4 25% RM 60.00
5 15% RM 60.00
6 15% RM 60.00
7 dan seterusnya 5% RM 60.00
Lebihan dalam DRP akan dibahagikan di antara Anda (50%) dan Etiqa (50%) sebagai Fi Prestasi.
Keuntungan pelaburan dari DPP akan dibahagikan di antara Anda (90%) dan Etiqa (10%) sebagai Fi Insentif.
 
Nota Penting
Jika Orang Dilindungi membunuh diri semasa waras dalam tempoh setahun dari Tarikh Sijil Dikeluarkan atau sebarang Tarikh Pengembalian Semula Sijil, tanggungan kami adalah terhad kepada pembayaran balik sumbangan yang telah dibuat atau 60% bayaran daripada Jumlah Dilindungi jika perbuatan membunuh diri dilakukan semasa waras, setahun selepas Tarikh Sijil Dikeluarkan atau sebarang Tarikh Pengembalian Semula Sijil.
Peserta akan diberi tempoh ihsan selama tiga puluh satu (31) hari dari tarikh akhir sumbangan perlu dibuat dan jika sumbangan belum dibayar pada akhir tempoh ihsan. sijil akan dilanjutkan di bawah kemudahan sumbangan automatik (ACF-Automatic Contribution Facility). Sijil akan berakhir jika jumlah dalam Akaun Peserta tidak mencukupi untuk membayar sumbangan tahunan.
Sijil ini mungkin melayakkan anda untuk mendapat pengecualian cukai peribadi yang bergantung kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
Anda perlu memahami pelan ini dengan sepenuhnya untuk memastikan keperluan anda dapat dipenuhi dengan sebaiknya dan sumbangan yang dibayar di bawah Sijil ini adalah berdasarkan kemampuan anda.
Apabila Sijil ditamatkan, matang atau tamat tempoh, semua manfaat di bawah pelan ini akan luput. Jika anda menamatkan Sijil pada tahun-tahun awal, anda mungkin akan mendapat kembali amaun yang kurang daripada jumlah yang telah anda sumbangkan.
Anda boleh menilai kesesuaian pelan ini dan boleh membatalkan penyertaan anda dalam tempoh lima belas (15) hari dari tarikh akhir penghantaran Sijil, yang melayakkan anda menerima pembayaran balik sumbangan penuh yang telah dibuat, selepas ditolak sebarang perbelanjaan yang ditanggung untuk pemeriksaan kesihatan (jika berkenaan)
Manfaat dan/atau pulangan dari pelaburan di bawah pelan ini akan berdasarkan pada prestasi dana yang sebenar dan tidak dijamin. Risiko dana akan ditanggung sepenuhnya oleh peserta dan segala manfaat yang diterima mungkin kurang daripada jumlah keseluruhan sumbangan yang dibuat dalam Dana Pelaburan Peserta.
Sila pastikan anda merujuk kepada Illustrasi jualan yang berkaitan dengan Sijil yang disediakan kepada anda oleh Etiqa Takaful Berhad.
Risalah ini bertujuan untuk rujukan sahaja dan tidak boleh diambil kira sebagai kontrak atau jemputan untuk mengambil bahagian. Etiqa Takaful Berhad didaftarkan di bawah Akta Takaful 1984 dan dikawal oleh Bank Negara Malaysia.

Mari melabur demi masa depan anda & keluarga tersayang..PERLINDUNGAN & SIMPANA





LAYARI www.etiqa.com.my utk melihat kesemua produk yg ditawarkan.

Berikut antara produk2 Maybak Etiqa utk Individu utk PERLINDUNGAN & SIMPANAN :


1. HARMONI


Impian Masa Hadapan Lebih Cerah
Setiap individu mempunyai impian - kereta mewah, rumah besar mahupun kehidupan yang selesa selepas bersara. Sebagai individu yang bijak, anda tahu kepentingan menyimpan untuk masa hadapan yang lebih baik. Namun, ada kalanya sesuatu yang tidak diduga berlaku dan simpanan anda perlu digunakan semasa kecemasan.
Mengikut statistik, 19 orang* dimasukkan ke hospital setiap jam; dianggarkan 1,035 orang meninggal dunia akibat kemalangan setiap tahun dan ramai yang tiada simpanan untuk kegunaan waris ataupun ahli keluarga. Berusahalah untuk masa hadapan yang lebih cerah kerana hidup ini penuh dengan ketidakpastian.
sumber: *World Health Organization 2004; Disease and Injury Country Estimates
Gaya Hidup Lebih Baik dan Lindungi Masa Hadapan Keluarga Anda
Harmoni membantu anda memenuhi impian anda dan memberi perlindungan serta tabungan dengan hanya menyumbang RM70.00 sebulan. Anda juga boleh mengeluarkan sebahagian daripada wang anda dari Dana Pelaburan Peserta sekiranya perlu. Harmoni memberi ketenangan minda serta kelonggaran dalam pengurusan kewangan anda di samping Perlindungan Takaful.
Pada saat-saat yang tidak diduga, keluarga anda akan menerima kesemua Jumlah Dilindungi bagi meringankan beban kewangan mereka.

 2.PRISTIN

 
Ambil Satu Langkah Mudah Untuk Menyimpan dan Nikmati Kehidupan Yang Anda Inginkan
Sekiranya anda bimbangkan tentang pelaburan wang simpanan anda dan pada masa yang sama tidak langsung melihat sebarang perkembangannya, usahlah ragu lagi. Mulakan simpanan anda dengan Pristin yang memberikan anda jaminan untuk menikmati pulangan dalam jangka masa yang terancang.
 
Lihat Wang Anda Berganda Dengan Pristin
Pristin merupakan pelan Takaful yang menyediakan pulangan tahunan tetap untuk 20 tahun. Bayaran tunai tahunan antara 5% - 10% dari Sumbangan Tahunan Asas semestinya menggandakan wang anda.
Dengan Pristin, anda dapat menjalani hidup dengan sepenuhnya dan menikmati ketenangan minda kerana anda sememangnya dilindungi dan mendapat bayaran tunai tahunan yang akan membantu anda menjalani gaya hidup anda.
 
Siapakah Yang Layak?
Orang Dilindungi: Mereka yang berumur di antara 14 hari hingga 60 tahun
Peserta: Mereka yang berumur di antara 18 hingga 60 tahun.
 
Manfaat Utama Yang Ditawarkan Oleh Pristin
Manfaat Kematian Sekiranya berlaku Kematian ke atas Orang Dilindungi, Jumlah dilindungi berserta semua nilai terkumpul dalam Dana Pelaburan Peserta (DPP), termasuk sebarang keuntungan daripada pelaburan yang dibuat (jika ada) ditolak dengan sebarang hutang akan dibayar secara sekaligus.
Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK) Sekiranya berlaku HUMK ke atas Orang Dilindungi sebelum umur 65 tahun, Jumlah Dilindungi serta semua nilai terkumpul dalam DPP, termasuk sebarang keuntungan daripada pelaburan yang dibuat (jika ada) akan dibayar.

Jika bayaran agregat Jumlah Dilindungi (setiap seorang yang dilindungi) adalah sehingga RM1 juta, manfaat akan dibayar secara sekaligus. Jika Jumlah Dilindungi adalah melebihi RM1 juta, baki Jumlah Dilindungi akan dibayar satu (1) tahun selepas bayaran pertama dibuat, tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan di dalam kontrak sijil.
Manfaat Penyakit Terminal Setelah Orang Dilindungi didiagnosis mengalami Penyakit Terminal semasa tempoh Takaful atas sebab semula jadi atau kemalangan, jumlah dibayar adalah bersamaan dengan Jumlah Dilindungi serta nilai terkumpul di dalam DPP, jika ada.

Penyakit Terminal ditakrifkan sebagai keadaan yang dijangka akan menyebabkan kematian kepada Orang Dilindungi dalam masa 12 bulan. Orang Dilindungi hendaklah tidak lagi menerima rawatan aktif selain daripada ubat penahan sakit. Diagnosis mestilah disokong dengan pengesahan bertulis oleh pakar yang sewajarnya dan disahkan oleh doktor yang dilantik oleh Pihak Syarikat.
Manfaat Matang Apabila tempoh Sijil dipenuhi oleh Orang Dilindungi, nilai terkumpul di dalam DPP termasuklah keuntungan DPP dan lebihan dari Dana Risiko Peserta (DRP), jika ada, yang telah diperuntukan kepada Peserta akan dibayar.
Bayaran Tunai Tahunan Bayaran Tunai Tahunan Tetap berdasarkan pada peratusan Sumbangan Tahunan Berbayar* akan dibayar sepanjang tempoh Sijil selama 20 tahun.

Sijil
Tahun
Bayaran Tunai Tahunan
(% daripada Sumbangan Tahunan Asas* yang Dibayar)
Tahun 1 – 5 5%
Tahun 6 – 20 10%

*Tidak termasuk sumbangan tambahan dan sumbangan rider (jika ada)
Mod sumbangan tahunan: Bayaran dibuat pada permulaan setiap tahun Sijil. Mod sumbangan lain: Bayar dibuat pada penghujung setiap tahun Sijil, tertakluk pada sumbangan penuh yang diterima bagi setiap tahun Sijil
Sumbangan
Dengan sumbangan yang berpatutan, anda boleh menyertai Pristin dan menikmati segala manfaat yang ditawarkan oleh pelan ini. Anda juga mempunyai pilihan untuk membayar sumbangan secara bulanan, suku tahunan, setengah tahunan atau tahunan.
 
Asas Kontrak
Pristin menggunakan konsep Tabarru' (derma), di mana Peserta bersetuju untuk menderma atau menyumbang sebahagian jumlah tertentu daripada sumbangan yang dibayar kepada Dana Risiko Peserta (Tabung Tabarru') untuk tujuan membantu dan menolong sesama Peserta jika diperlukan.
Pelan ini juga menggunakan konsep Wakalah, di mana Peserta melantik Pengendali Takaful bagi pihak mereka untuk melabur dan menguruskan kedua-dua DRP dan DPP. Yuran Wakalah akan ditolak daripada sumbangan yang dibayar. Baki jumlah akan dilabur ke dalam DRP dan DPP.
Tahun
Sijil
Yuran Wakalah
sebagai % sumbangan
Yuran Tetap Wakalah
setiap tahun
1 90% RM 60.00
2 50% RM 60.00
3 31% RM 60.00
4 25% RM 60.00
5 - 6 15% RM 60.00
7 onwards 5% RM 60.00
Yuran Prestasi daripada Tambahan dalam DRP diagihkan di antara Anda (50%) dan Etiqa (50%).
Yuran Insentif daripada keuntungan pelaburan dalam DPP diagihkan di antara anda (90%) dan Etiqa (10%).
 
Nota Penting
Jika Orang Dilindungi membunuh diri semasa waras dalam masa setahun dari Tarikh Sijil Dikeluarkan atau sebarang Tarikh Pengembalian Semula Sijil, tanggungan kami adalah terhad kepada pembayaran balik sumbangan yang telah dibuat atau 60% bayaran daripada Jumlah dilindungi jika perbuatan membunuh diri dilakukan semasa waras, setahun selepas Tarikh Sijil Dikeluarkan atau sebarang Tarikh Pengembalian Semula Sijil
Peserta akan diberi tempoh ihsan selama 31 hari dari tarikh akhir sumbangan perlu dibuat dan jika sumbangan belum dibayar pada akhir tempoh ihsan, Sijil akan dilanjutkan di bawah kemudahan sumbangan automatik. Sijil akan berakhir jika jumlah dalam Akaun Peserta tidak mencukupi untuk membayar sumbangan tahunan.
Sijil ini mungkin melayakkan anda untuk mendapat pengecualian cukai peribadi yang bergantung kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
Anda perlu memahami pelan ini dengan sepenuhnya untuk memastikan keperluan anda dapat dipenuhi dengan sebaiknya dan sumbangan yang dibayar di bawah Sijil ini adalah berdasarkan kemampuan anda.
Apabila Sijil ditamatkan, matang atau tamat tempoh, semua manfaat di bawah pelan ini akan luput. Jika anda menamatkan Sijil pada tahun-tahun awal, anda mungkin akan mendapat kembali amaun yang kurang daripada jumlah yang telah anda sumbangkan.
Prestasi perlaburan dana tersebut akan berdasarkan pada prestasi sebenar dan tidak terjamin.
Anda boleh menilai kesesuaian pelan ini dan boleh membatalkan penyertaan anda dalam masa 15 hari dari tarikh penghantaran Sijil, yang melayakkan anda menerima pembayaran balik sumbangan penuh yang telah dibuat, selepas ditolak sebarang perbelanjaan yang ditanggung untuk pemeriksaan kesihatan (jika berkenaan).
Manfaat dan/atau pulangan dari pelaburan di bawah Pelan ini akan berdasarkan pada prestasi dana yang sebenar dan tidak dijamin. Risiko dana akan ditanggung sepenuhnya oleh Peserta dan segala manfaat yang diterima mungkin kurang daripada jumlah keseluruhan sumbangan yang dibuat dalam Dana Pelaburan Peserta.
Sila pastikan anda merujuk kepada Illustrasi jualan yang berkaitan dengan Sijil yang disediakan kepada anda oleh Etiqa Takaful Berhad.
Risalah ini bertujuan untuk rujukan sahaja dan tidak boleh diambil kira sebagai kontrak atau jemputan untuk mengambil bahagian. Etiqa Takaful Berhad didaftarkan di bawah Akta Takaful 1984 dan dikawal oleh Bank Negara Malaysia.